BLOG PERSU
PERSATUAN BANGSA SUNGAI RANAU
( PERSU )
( PERSU )
Selamat Datang kepada semua masyarakat orang sungai di Malaysia
Persatuan Bangsa Sungai Ranau ini dinamakan sebagai PERSU hasil daripada akronim perkataan PERSATUAN BANGSA SUNGAI. PERSU ini ditubuhkan pada 17/12/2011. Pada mulanya perkataan PERSU ini digunakan dalam berkomunikasi untuk tujuan bergurau oleh remaja kg kaingaran. Tetapi, lama kelamaan perkataan ini semakin sebati dan diterima pakai. Oleh itu, saya mengambil alternatif untuk jadikan perkataan ini sebagai nama persatuan.
OBJEKTIF PERSU - by C Villa Nie
- Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan orang sungai
- Untuk meningkatkan kefahaman orang sungai tentang bahasa, budaya, sosial, ekonomi dan asal usul mereka.
- untuk melatih orang sungai menggunakan bahasa mereka sendiri.
Menurut Persatuan Bangsa Sungai Sabah ( SABAS ) bangsa sungai mempunyi 30 kumpulan etnik dan dialek di negeri sabah.
* Begahak Bengkoka Sinobu
* Buludupi Dewara Sinorope
* Dumpas Idahan Subpan
* Inokang Kalabuan Sugud
* Kuamut Lingkabau Sukang
* Liwago Makiang Suyat
* Mangkaak Milian Tambangan
* Minokok Paitan Tengara
* Pingas Puawang Tinagas
* Rumanau Segilitan Tindakon
# Walaubagaimanapun, jika diperhatikan secara teliti ada beberapa nama etnik ini yang lebih merujuk kepada nama sesebuah tempat. Contohnya, Lingkabau, dan Sugud.
TABURAN PENDUDUK SUNGAI DISABAH
1. Daerah Kinabatangan
2. Daerah Tongod
3. Daerah Labuk-Sugut
4. Daerah Pitas
5. Daerah Sandakan
6. Daerah Lahad Datu
7. Daerah Telupid
8. Daerah Kecil Paitan
9. Daerah Beaufort
10. Daerah Kota Kinabalu
11. Ranau
DIMANA LETAKNYA RANAU
Ranau ialah Sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang.
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud.
KELUASAN RANAU
Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi. Walaubagaimana, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.
Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialahkolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.
ASAL USUL NAMA RANAU
Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatanRanahon.
Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.
- KG KAINGARANKg. Kaingaran merupakan sebuah perkampungan yang terletak jauh di pedalaman. Pada masa dahulu, Kg Kaingaran ini termasuk di dalam kawasan daerah Beluran. Tetapi sekarang telah bertukar ke daerah Ranau kerana Ranau merupakan pekan yang paling hampir dengan Kg. Kaingaran.
Penduduk Kg Kaingaran ini terdiri kepada tiga suku utama iaitu Sungai ( Sugut ) Dusun Telantang ( Sokid / Bukit ) dan Dusun Tinagas. Majoriti Orang Sungai di Kg. Kaingaran ini beragama Islam dan menetap di kawasan Kuala Kotog ( Padang ), Kuala Meridi ( Merudau dan Rurumidi). Manakala orang dusun pula majoriti beragama Kristian.
Lakaran peta Kg. Kaingaran ini adalah mengikut kawasan tanah milik penduduk kampung masing2. Walau demikian ada juga dikalangan penduduk kampung ini memiliki tanah dalam kawasan kampung yang lain terutamanya penduduk dari Kg. Kaingaran
Kg. Kaingaran Ranau pada suatu ketika dahulu mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai ia meliputi sebahagian besar penduduk dari beberapa buah perkampungan seperti Kg. patau, Kg. Kilanas/Kalangkang dan Kg. Giring/Puralai bersatu meneroka Kg. kaingaran yang pada ketika itu (1957) merupakan sebuah hutan belantara dengan balak yang belum pernah di balak oleh pembalak. Di era kependudukannya penduduk Kaingaran menempati kawasan ini dari kawasan Jabatan Haiwan hingga ke Lembaga Tabung Getah (ILTGS) serta di seberangnya iaitu Kg. Domis. Namun selepas beberapa tahun kemudian terutamanya selepas peristiwa banjir pada akhir tahun 1973/74 jumlah penduduk kampung Kaingaran menurun dengan drastik kerana beberapa penduduk telah mengambil inisiatif untuk berpindah/kembali ketempat asal mereka dahulu. Kini dianggarkan seramai 550 orang (Kg.Kaingaran + Kg. Kotog) penduduk menetap di Kampung Kaingaran yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Majoriti penduduk adalah masyarakat kaum Kadazan/Dusun dari suku kaum Telantang Nulou dan Tanggal yang menganut agama Kristian. Terdapat juga suku kaum lain seperti Sungai Tombonuo yang menetap di sini. Penempatan penduduk di sini telah diatur dengan baik dalam susunan secara menjajar sepanjang jalan raya hingga ke Industri Lembaga Tabung Getah Sabah. Mereka lebih selesa mendiami rumah-rumah yang dibina daripada kayu dan separuh batu. Petempatan ini adalah petempatan baru sekitar tahun 1981 di atas tanah milik Pst. Kontuni Giwar. Petempatan terdahulu adalah di bawah kawasan sekarang ini. Penduduk di sini juga masih mengekalkan gaya hidup sederhana yang telah diwarisi sejak dahulu lagi. Walaupun ada di antara mereka yang menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.Orang Sungei, Sungei dalam dialek Melayu bermaksud sungai. Perkataan 'sungei' adalah diambil daripada perkataan Orang Sungei yang menyebut sungai sebagai sungei. Di Kg. Kaingaran pada tahun 1957 iaitu masa pembukaan kampungnya, Orang Sungei telah pun berpetempatan di sekitar sungai Sugut berhampiran kampung Kaingaran. Orang-orang Sungei ini tinggal di perahu atau sangkar yang diperbuat daripada bambu dan berbumbung. Setelah penempatan orang-orang Dusun di Kg. Kaingaran ini mereka mulai membuat petempatan sekitar tebing sungai Sugut iaitu berseberangan dengan Kg. Kaingaran yang di kenali sebagai Merudau.Orang sungei kebanyakannya adalah menganut agama Islam, menurut sumber tidak rasmi mereka ini kononnya berasal dari satu tempat yang dikenali 'Sagamo', itu sebab mengapa sehingga kehari ini sebahagian besar penduduk Dusun Ulu Sugut menyebut mereka sebagai Segamo.PANORAMA KG KAINGARAN

SUNGAI PAITANIK - by C Villa Nie
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik..
i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. Cth ayat :
- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk )
ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :
- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu"..
iii) Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :
- Mbah suruu kau (Pergi mana kau )..
Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman.
Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.

TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM ORANG SUNGAI (TARIAN RUNSAI)
Runsai adalah berasal dari perkataan Bahasa Makiang yang juga dikenali sebagai upacara Meh Basah-basah atau Meh Miau. Dipercayai tarian runsai telah wujud sejak awal tahun 1930-an lagi dan merupakan suatu upacara untuk tujuan perubatan tradisional. Upacara ini diamalkan oleh masyarakat suku kaum Orang Sungai yang mengamal kepercayaan aninisma. Pada tahun 1950-an upacara tarian runsai telah dijadikan wadah dalam mencari jodoh bermula dari upacara pinang-meminang sehinggalah menentukan hantaran yang disampaikan melalui bait-bait pantun semasa berbalas pantun dalam tarian runsai.
Tarian runsai merupakan tarian tradisional suku kaum Orang Sungai. Tarian ini tidak menggunakan sebarang jenis alat muzik kecuali menggunakan suara semasa berbalas pantun dan bunyi hentakkan kaki semasa melangkah dan berpusing dalam satu bulatan sambil berpimpinan tangan.
Disebabkan oleh kemajuan teknologi hiburan yang serba canggih dan mengasikkan adalah dikhuatiri tarian runsai akan lenyap ditelan zaman. Jesteru, tarian runsai seharusnya diterapkan kepada generasi muda suku kaum Orang Sungai agar mereka boleh meneruskan kesinambungannya sebagai lambang budaya berzaman nenek moyang mereka yang paling unik. Jesteru, pada tahun 2005 tarian runsai telah berjaya dicatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai The Longest Non-stop Runsaiton Performance in Malaysia. Tarian ini dipersembahkan selama tempoh 37 jam tanpa henti dengan melibatkan lebih 500 orang penari secara berganti-ganti dengan memakai pakaian tradisional. Catatan ini telah dibuat dalam satu majlis rasmi bersempana Pesta Sungai Kinabatangan yang diadakan pada 22 September 2005 bertempat di Pentas Dataran Pekan Kota Kinabatangan.

by C Villa Nie
Pandangan atas Kg Kaingaran
Air Terjun Toko-Kodo